NADI MAHIR MASAK: PERTANDINGAN COOKING STAR 2025
17 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniTARIKH : 16 Julai 2025 (Rabu)
MASA : 9:30 pagi – 11:30 pagi
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Norhidayah dari NADI Pokok Sena kerana terpilih menyertai Pencarian Cooking Star (2025) bagi pengambilan yang pertama. Usaha dan komitmen beliau sepanjang mengikuti Kelas Mahir Masak di NADI Pokok Sena akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. Ini bukan sekadar penyertaan tetapi lambang usaha gigih dan semangat yang luar biasa. Kami amat berbangga dan sentiasa menyokong perjalanan beliau dalam dunia masakan.Semoga terus sukses dalam dunia masakan dan menjadi inspirasi buat semua orang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: