Jota Joti Peringkat Negeri Kedah
19 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniBertempat di Pusat Ko-Kurikulum daerah Pendang (Sungai Tiang), staf NADI dari Kluster Kota Setar, Pendang dan Yan telah terlibat dalam program Jota Joti Negeri Kedah yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap Negeri Kedah (PPMKN) pada 18 Oktober yang lalu. JOTA JOTI (Jamboree On The Air, Jamboree On The Internet) adalah sebuah program yang menghubungkan pengakap di seluruh dunia bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara persatuan. MCMC mengambil peluang ini untuk menjalankan aktiviti yang sesuai disamping memberi input yang berguna kepada murid-murid yang terlibat di dalam program ini. Murid-murid yang terlibat rata-ratanya adalah pelajar sekolah rendah dan juga menengah yang mana merupakan antara ‘target’ bagi kes jenayah siber yang sering terjadi pada masa kini. Program ini juga dilihat sebagai salah satu cara yang ampuh bagi memberi kesedaran dan juga meningkatkan pengetahuan murid-murid ini tentang bahayanya dunia siber. Ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan membentuk kesedaran tentang budaya penggunaan teknologi maklumat yang seharusnya dikawal dengan lebih ketat sesuai dengan usia mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: